Hai cikgu-cikgu =)
ada yang sampai awal .. ada yang akhir kan ? tak paaa .. yang penting anda tak sesat mencari jalan pulang ke IPIS.. haha
semester PERTAMA Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sudah pun bermula..
Orintasi untuk pelajar baru berjalan dengan lancar.. dipenuhi dengan pengisian hal ehwal pelajar PISMP..
Sejujurnya .. berat mata memandang .. berat lagi bahu memikulnya .. hamba rasa peribahasa ni agak sesuai untuk menunjuukkan situasi yang mana perkara yang sememangnya dibayangkan susah sebelum ini ternyata lebih susah daripada bayangan ...
untuk kos prasekolah .. kami bakal 'berkahwin' dengan 15subjek untuk major prasekolah .. iaitu dari sem satu sehingga lah sem 8 ..
bila kami diterangkan mengenai sukatan pelajaran .. agak menarik jugak .. sambil2 perasaan tertarik .. sesak jugakk nafass bila tahu sal praktikum.. intensif.. kajian tindakan .. erkk ??!! GULPSSS !!
okelaaah .. chop2x.. tarik nafasss ... fuhhh.... orang kataaa .. sesusah mana pun sesuatu hal itu .. kita pasti boleh berhadapan dengannya .. kerana ? Allah memberi hambanya ujian mengikut kemampuannya .. kan ? jadi maksudnya di sini .. kita masih mampu .. =)
esok dah bermula hari KULIAH YANG PERTAMA ..
^___^
akhir kata , wasalam .
notajejaritakruncing :: kata Puan Normah (our Naqibah) : 5 hingga 9MAC merupakanTarikh PBS
No comments:
Post a Comment
-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)
Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...