Tuesday, July 10, 2012

1M1S

Salam 1 Malaysia

Mulakan pembacaan anda dengan statement ini. 

"Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani."


Pernyataan di atas merupakan dasar yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dasar ini mewajibkan penyertaan aktiviti sukan untuk setiap murid di sekolah rendah. Selaras dengan itu, pada tarikh 10 Julai 2012, tepat jan 8 pagi, Malaysia telah mencipta rekod dengan melakukan senaman aerobik serentak di semua sekolah. Institut latihan perguruan iaitu Institut Pendidikan Guru turut terlbat dalam program ini. 


P.S.V..??
Semestinya bersemangat waja!


Don't believe it?



Sila rujuk bukti-bukti di bawah.




Sebelum senaman.


Semasa senaman.


Aktiviti wajib. 
Banyak lagi sebenarnya pose-pose menarik *tidak kurang yang mengancam* mereka-mereka, tetapi cukuplah sekadar ini ya. 

(:


Hah! Sejurus selepas senaman. 

But don't worry, we are taking a good care of our health.

p/s: Model itu hanya minum, tidak makan ok. 

(:


Oh sangat sedih kerana terdapat mereka-mereka yang tidak dapat bersama-sama dengan kami.
Almaklumlah mereka-mereka itu ialah artis!
Mereka-mereka terlibat dengan PERKOMPERI iaitu  satu persatuan muzik yang terdapat di institut kami.
Oh Kami Bangga!

So bagi mereka-mereka, keep rocking' guys!


*Special gratitude to our seniors (PJ course) who have led the aerobic exercise. You guys rockkkkkkkk!!!!   


Yang benar,
-saya-



Saturday, July 7, 2012

Homesick

Hai Hai Hai <3 <3 <3

Sedar tak sedar sudah 3 minggu semester bermula. Pun begitu, masing-masing sudah mula rasa gelisah seperti 3 bulan tak balik ke rumah, terutamanya mereka-mereka yang tinggal di seberang lautan sana (termasuk si penulis). Jumaat lepas (hari semalam), HEP umumkan tiket flight sudah dibeli.
OH MY ENGLISH TICKET! Dengar sahaja berita itu, dengan penuh semangat semuanya ke kaunter HEP untuk melihat tiket masing-masing. Berseri-seri wajah semuanya ya..*pika hampir berlari ke HEP semata-mata mahu mengambil tiket ok! woops! haha*. Puan HEP tu pun hairan sebab kami beriya-iya sangat macam la kalau dapat tiket tu boleh balik terus. haha.

Puan HEP, kami ini sangat homescik. So memanglah apa-apa yang ada kena mengena dengan kapal terbang kami sangat teruja!

One more thing, tiket itu merupakan semangat kami-kami semua untuk meneruskan kuliah disamping berpuasa selama sebulan. Oh ya, kami akan terbang ke rumah masing-masing sehari sebelum hari raya. yeahh *sangat sedih*.. but it's ok. As long as we can go back and the important thing is, it is FREE! *sila jealous! ^_^

Untuk tiket percuma itu, terima kasihlah kepada pihak KPM (err KPM kah?) kerana sudi mensponser tiket kami sekali setiap tahun. ( Sila X semasa pilihanraya ya! hoho )

Yuna bilang, 'setiap gambar ada lagu'.
Blog ini bilang, 'setiap entry ada gambar'
kihkihkih

oh silap. Bukan Cik MAS yang kami tumpang..
tapi...


si Cik A.A

ok sekian.

yang benar, 
-saya-

Monday, July 2, 2012

Semester baru, kelas baru

Semester baru bermula, tragedi sudah pun berlaku.
Salah seorang daripada ahli keluarga kami ditimpa musibah yang mana ligamen lututnya koyak semasa kami sedang menjalankan aktiviti PJ.
Akibatnya, dia terpaksa berjalan dengan bantuan 'tongkat sakti' yang dibeli dengan harga RM65 (sila betulkan kalau salah).
Setelah cuti rehat selama seminggu, beliau akhirnya ke kelas semula berbekalkan semangat yang penuh di dada ( *ditambah oleh penulis untuk memeriahkan suasana. peace*

Setelah memikirkan masa depan, kami sekelas telah memutuskan untuk berpindah kelas buat sementara waktu. Ini bagi memudahkan perjalanan beliau untuk ke kelas setiap hari. Alhamdulilah, semua urusan pemindahan kelas berjalan dengan lancar. Ribuan terima kasih diucapkan kepada puan naqibah kami, Mdm Tan Yoke Peng kerana membantu memudahkan urusan pemindahan ini.


Beliau sememangnya seorang yang aktif dari semua aspek (dalam dan luar - sila faham ya. hihi )

Siapakah beliau itew???




(Lihat, dia sangat tekun! ^_^)

Awk! Semoga cepat sembuh. 
Doa dari kami semua.
(:


Kelas baru.
Lokasi : SP5
-Sila rindu kami-

~_^



yang benar, 
-saYa-


PSV Annual Grand Dinner



Before we end our PISMP Semester 1, we had our dinner together. It was held at Al-Sinni, which is steamboat restaurant near to our college. Pakcik owner tu sangat baik sehinggakan saya dicall selepas tamat sesi makan-makan semata-mata untuk meminta maaf. uh baik sungguh layan customer kan. So sila2 la datang ke gerai restaurant Pakcik Al-Sinni ni ye. *Pakcik Owner, kami dah promote ni, sila bagi discount hujung tahun ^___________^..

We just have to pay RM 20 +/- sebab masa tu Pakcik Owner sedang buat promosi. So agak berbaloi lah kami pilih tempat tu. Murah dan berbaloi-baloi..weeeeee~~~

Apa yang kami makan??

aiskrim

daging - lembu, ayam, kambing

all the ball2

vegeee

dessert yang sedap 

.................

......List terlalu banyak sampai lupa apa yang dimakan.....


We went there by taxi since we have no transport and yeah, the taxi was Pakcik Umar (:... ( sila pm untuk keterangan lanjut ).

13 of us were coming.

The rest? They got something else to do.

okeh then, let the photos do the talking! (:




Karnival Sukan Prasekolah Teaching School


setelah sekian lama tidak mengupdate laman sesawang ini, kini PSV kembali dengan entry terbaru yang bertajuk
"KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH TEACHING SCHOOL".

Sukan ini merupakan sukan pertama yang dikelolakan oleh kelas kami dengan kerjasama Jabatan Ilmu Pendidikan (IPG-KPI) *mood bangga please*. 19 Mei 2012 merupakan tarikh keramat bagi baby-baby JIP kerana karnival ini berlangsung pada tarikh tersebut. Walaubagaimanapun, persediaan sudah pun dibuat 2 hari sebelum hari kejadian. All in all, kerja-kerja pembaikan dibuat dalam masa 2 hari dan ianya sangat memenatkan! Plus, minggu ini merupakan minggu exam, so faham-faham la kalau exam kan - buku + karnivel. sekian pengsan!

Apa yang telah kami buat?

  1. goyang kaki  meeting
  2. meeting
  3. meeting
  4. meeting
  5. agihan tugas ( si dia buat ini, kamu buat ini, bla bla bla bla bla)
  6. persediaan tempat ( angkut barang2, garis padang, dll)
  7. Handle mereka kanak-kanak prasekolah so that mereka tidak merayau-rayau nda tentu pasal
  8. Handle everything yang berkaitan dengan sukan ini
  9. Aktiviti selesai - kemas balik barang
  10. *pengsan sebab paper on tuesday!*


Stop bebel writing, let the photos do the talking!











yang berkenaan,
-saya-
:)

Sunday, June 10, 2012

Bina Insan Guru (BIG)

Bina Insan Guru Kumpulan Ketiga -cikgu2 prasekolah vogue tergolong dalam golongan tersebut- ;p

Kami telah berjaya menjadi 'pengembara' kepada episod suka dan duka selama 3 hari 2 malam sepanjang berada di Teluk Segadas, Pulau Pangkor.
Bagi kumpulan ketiga ini.. terdapat tiga kumpulan
(* pismp 1.10-Tesl , pismp 1.11-Matematik , pismp 1.12 - Prasekolah) yang berkolaborasi untuk menjayakan program ini.

Antara aktiviti yang diadakan termasuklah 'jungle trekking', 'water confidence', kayak, malam kebudayaan, pertandingan memasak, banana boat ...

Sesungguhnya  program BIG banyak memberi pengajaran dan pengalaman baru serta membuka minda kami sebagai bakal guru yang bakal berdepan dengan bermacam jenis asam garam kehidupan di luar sana.


Foto Aksi Reaksi

-heheh gambar sekadar hiasan- ** kenangan cikgu2 prasekolah vogue ber'snokerling' @ pulau pangkor-

Haaaaa yang ne Foto sebenar kejadian ;p


- cuci beras guna air laut , masak nasi guna air laut .. KESIMPULANNYA ? .. makan nasi MASIN ! 
kauu ada?? aku adaa .. ;p -

- encik PENGHULU !!!! cantek rambut bang?? :p -

-masterchef  !!!!-


- cucur epal .. !! mana mau carii ??? haha -

-cuci periuk guna pasir ?? .. lagi bersih kowwtt haha -



- insan yang pakai life jacket itu tergolong dalam golongan yang tak tahu berenang !!! .. hahah -


-team banana boat-





- gadis takot air ! ;p-

- last day .. kemas khemah ... -


- cikgu2 prasekolah vogue .. !! bertambah vogue ber'honeymoon' d pangkor -
- bersama2 Puan Beeb !! .. lecterur gerko PISMP 1.12 prasekolah -



-THE END-

notajejaritakruncing :: terima kasih dan tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat menjayakan program BIG ini.. terutamanya para pensyarah pengiring sanggup berkorban masa dan tenaga menjaga kami.. hehehe.. arigato semuanya ... 

;
;
;
;
V

THE NEXT TOP MODEL CIKGU2 PRASEKOLAH VOGUE

- hik3 .. vogue gituuuwwww ... -

Wednesday, April 18, 2012

ツツ SELAMAT HARI JADI PIPAH ! ツツ


✿ comel kan pah .. hehehe 




ツ selamat hari jadi pipah :) 


semoga kematangan seiring dengan usia yang semakin meningkat ini yaaa ,
semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki 
ingat pesan baby doonn , perbanyakkan bacaan buku ilmiah , kurangkan benda lain haha :DD
*engko tahu x saye tgh ckp pasal korang ne ?? hahaaa , saye pulak yg terasee kat sini ;p
maaf laarh paah buat ko merana hari ini.. rarrrrwwww
humban kucing kat kau jee kan? belom humban rimauuu kan kan kan? hahaaaa
ko x perasan kee , kami busy tanye ko , kucing ape yg ko tak takot ?? pastu ko jawabb , ko takott sumee jenis kucing.. nak2 anak kucinggg .. muahahaa ! sangat bertepatan dengan misi hari ini! jeng2
untuk kau pah , kami sanggup pusing satu maktab carik 'kucing'..
lastly, kami jumpa jugak kucing 'tercomel' peliharaan ogou2 & abui2 cafee :)
susah ok mau kawal emosi kucing tuu , nak dibelai dimanjaa kucing yang terlalu 'comel' itu? errr =_=, 
pa2 hal , hari ini pasti menjadi kenangan terindah dan terngeri untuk youuu !




umur dah 20 tahun kan ??? siapp ko klu x ngaku2 lagi haha , **control sikit ketawa tuu ;p


kami sayang sangat sangat sangattt ngan kau pipahh 




FOTO KEJADIAN





-- mangsa selepas ini .. siap sedia kau zatuunn ! hahaa --


 -- terserlahh muka puas hati kenakann pipahhh -- hahahaaa


ஐ alololooooowwwwrrhhh nangess ke cik kak? :P  



notajejaritakruncing::




pahh.. walau kau takot kucinggg sekalipoon, kami harap kita selalu 'erat' mcm kucing nee , chuuumilll .... 






Monday, April 2, 2012

INTERAKSI PELBAGAI TAMADUN (TITAS)

Interaksi Antara Pelbagai Tamadun (Melayu, Cina, India,Jepun,Eropah).

PENGENALAN
- Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik.
- Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun
- Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi antara tamadun.

Interaksi Tamadun India dan China
- Rekod sejarah China, berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 S.M.
- Jalan Sutera yang menjadi laluan para pedagang - saluran interaksi
- Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China
- Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.

KESAN:
1.    PENYEBARAN AGAMA BUDDHA
- Dibawa masuk ke China kurun pertama masihi
- Maharaja hantar wakil ke India utk fahami & mendalami ajaran
- Disesuaikan dgn tradisi budaya masyarakat Cina; doktrin Daoisme & Konfusianisme
- Sami dr China menetap di India & pelajari kitab Buddha (bahasa Sanskrit & Pali)
- Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka)

2.    SAINS DAN TEKNOLOGI
- Dari China - pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan & kompas
- Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India
- Dari India - teknologi India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina ahli astronomi India pernah berkhidmat di China sistem kalendar lunar Cina yang baru
- Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina

3.    BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KESENIAN
- Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit - dipelajari melalui ajaran Buddhisme
- Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre.
- Seni muzik India – alat muzik Cina yg berasal dari India :- pipa dan konghou

INTERAKSI TAMADUN MELAYU – TAMADUN INDIA
- Bermula seawal abad ke-3 SM
- Bhn bertulis dari India - ada menyebut ttg “Malayadvipa” (Semenanjung Melayu)
- Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu - bagi dapatkan emas
- Suvarnabhumi (tanah emas) – gelaran diberi kpd Tanah Melayu

KESAN:
1.    PENYEBARAN AGAMA
- Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme.
- Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah.

2.    SISTEM PEMERINTAHAN
- konsep “Dewaraja” (dlm bhs Sanskrit yang bermakna God King) - konsep ketuhanan agama Hindu yg membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan dgn kedudukan serta status Raja sbg jelmaan Tuhan
- Upacara pertabalan - bg mengekalkan status tinggi Raja
- Panca Persada yg spt Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha.

3.    STRUKTUR MASYARAKAT
- Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn golongan rakyat biasa.
- Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat ‘feudal’ dalam kehidupan masyarakat Melayu

4.    ADAT RESAM DAN BUDAYA
- Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu:- amalan jampi & mentera
- Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi,
- Masyarakat ‘India Chittyan’ memperlihatkan persamaan dgn kebudayaan Melayu

5.    BAHASA
- Pengaruh bahasa Sanskit
- Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) buktikan pengaruh bhs Saskrit dlm bhs Melayu kuno yg digunakan ketika itu
- Batu Bersurat Terengganu, selain drp perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari bahasa Sanskrit
Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit(Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan Baru)
Bhakti = bakti
Bhumi = bumi
Dosa = dosa
Drohaka = derhaka
Maharddhika = merdeka
Prakara = perkara
Rupa = rupa
Samicra = mesra
Tathapi = tetapi
Vela = bila

6.    KESUSASTERAAN
- Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata
Hikayat Seri Rama dpt inspirasi drp E.Ramayana
- Epik Mahabharata diberi wajah tempatan - Hikayat Pendawa Lima, H.Pandawa, H.Panda Delima & H.Sang Boma
- Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja & menyelitkan unsur epik & mitos
- Turut diadaptasikan dlm wayang kulit

INTERAKSI TAMADUN MELAYU – TAMADUN CINA
- Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan diplomatik dgn China & para pedagang Kedah berdagang ke China
- Kedah - pusat perhentian utama bg sami Buddha dr China yg belayar melalui Selat Melaka utk ke India sekitar tahun 250 M
- Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dgn China penting agar Melaka selamat dr ancaman musuh
- Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sbg pemerintah kjn Melaka oleh Maharaja China
- Maharaja China hantar puterinya, Hang Li Po utk dikahwinkan dgn Sultan Mansur Syah.
- Kelompok yg berasal drp keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai “Baba dan Nyonya” @ “Peranakan”
- Awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British & penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina - golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sbg “Cina Selat” @Straits Chinese

KESAN:

1.    PENYEBARAN AGAMA
- Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan dtg dari Tanah Besar China ekoran hbg perdagangan
- Islam yg dtg melalui para pedagang dr Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dgn penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082).

2.    WARISAN CINA PERANAKAN
- Dikenali sebagai Baba dan Nyonya.
- Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
- Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan Hokkien
- Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan guna tangan
- Pakaian kebaya dan kain sarong
  
3.    KEBUDAYAAN
- Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu.
- Adat memberi ang pau yang bermaksud ‘sampul merah’

4.    PERUBATAN DAN TEKNOLOGI
- Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan ‘yin’ dan ‘yang’
- Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser.
- Teh Cina ataupun ‘green tea’
- Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan
- Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan, lilin

TAMADUN EROPAH-TAMADUN LAIN
Perkataan Eropah berasal daripada Europe – berhubung kait dengan lagenda.
- Europa – anak perempuan Raja Tyre dari pantai Phoenicia (hari ini dikenali sbg Lubnan) jatuh hati dengan Raja Zeus (yg menjelma sbg lembu jantan), dilarikan ke Crete
Konotasi – dgn melarikan puteri dari Phoenicia ke Crete – memindahkan pencapaian tamadun-tamadun lama Asia dari timur ke koloni di Laut Aegean (Davies, 1996)

Tamadun Eropah
·         Empat zaman yang nyata tamadun Eropah:
1)Zaman Silam/Klasik (Yunani, Graeco-Rom; 3000 s.m)
2)Zaman Kebudayaan Aegean (Greek)
3)Zaman Penguasaan Yunani ō Iskandar Zulkarnain
4)Zaman Graeco-Rom/Helenistik
-Zaman Pertengahan : Awal (476 m)
-Kejatuhan Empayar Rom & kemunculan Krjn orang Gasar Charlemagne.
- Sist. Feudalisme, perkembangan agama Kristian pesat
Zaman Pertengahan : Kemuncak & Akhir (1050 m)
Kegemilangan politik, ekonomi & sosial.
- Zaman Awal Moden (1500 m)
Gerakan Renaisans & Reformasi diikuti ō Revolusi Sains.
- Zaman Moden (1800 m hingga hari ini).
- Zaman penyerlahan – revolusi Perancis 1789.
- Revolusi Perindustrian England 1780an.

INTERAKSI CHINA DAN JEPUN
Berlaku secara aman.
Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh Tamadun Jepun.
Dari segi agama dan tulisan
- agama Buddha diperkembangkan dalam Tamadun Jepun. (Agama Shinto)
- Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun. (Hiragama Kalakana)
Perkembangan intelektual dan kesusasteraan.
- Upacara seperti upacara minum teh dan seni taman.
- Struktur pembinaan bandar.
- Ajaran falsafah Konfusianisme seperti penekanan kepada institusi keluarga.
- Konsep mandat dari Syurga telah memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu.
- Sistem pemerintahan berpusat


NILAI-NILAI UNIVERSAL ANTARA TAMADUN

1. KETERBUKAAN
-Prinsip bertolak ansur diamalkan dalam menggarap idea dari tamadun lain.
Sbg contoh tamadun Yunani berkongsi peradaban mereka dengan tamadun India,China,Iran.
-Contoh keterbukaan Islam menerima idea luar tetapi menapisnya terlebih dahulu.Kubah masjid berasal dari seni bina Graeco-Roman

2. KESEJAGATAN
-Mengimbangi tamadun dengan sifat semulajadi manusia dan mengiktiraf keistimewaan manusia.
Cth:pengaruh falsafah Yunani terhadap Islam namun perbahasan tentang falsafah dan kekuatan akal tidak dapat menandingi peranan wahyu dalam Islam.
-Keperluan manusia untuk hidup aman damai perlu diiktiraf oleh seluruh tamadun manusia.

PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN
- Perbezaan ketara adalah dalam aspek teologi.
- Persoalan etika kurang mencetuskan kontroversi antaranya:
1. Alam sekitar-hidup harmoni dengan alam.
2. Keluarga-asas pembentukan masyarakat
3. Komuniti-menentukan personaliti dan identiti manusia.
4. Kerajaan-moral/akhlak sangat penting,para sarjana spt Moh-Tze,Kautilya,Mawardi membincangkannya dlm buku masing-masing
5. Ekonomi-moral semesta
6. Pendidikan-pembinaan sifat-sifat manusia
7. Kesihatan-pandangan dan pendekatan holistik