Monday, April 2, 2012

INTERAKSI PELBAGAI TAMADUN (TITAS)

Interaksi Antara Pelbagai Tamadun (Melayu, Cina, India,Jepun,Eropah).

PENGENALAN
- Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik.
- Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun
- Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi antara tamadun.

Interaksi Tamadun India dan China
- Rekod sejarah China, berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 S.M.
- Jalan Sutera yang menjadi laluan para pedagang - saluran interaksi
- Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China
- Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.

KESAN:
1.    PENYEBARAN AGAMA BUDDHA
- Dibawa masuk ke China kurun pertama masihi
- Maharaja hantar wakil ke India utk fahami & mendalami ajaran
- Disesuaikan dgn tradisi budaya masyarakat Cina; doktrin Daoisme & Konfusianisme
- Sami dr China menetap di India & pelajari kitab Buddha (bahasa Sanskrit & Pali)
- Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka)

2.    SAINS DAN TEKNOLOGI
- Dari China - pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan & kompas
- Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India
- Dari India - teknologi India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina ahli astronomi India pernah berkhidmat di China sistem kalendar lunar Cina yang baru
- Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina

3.    BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KESENIAN
- Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit - dipelajari melalui ajaran Buddhisme
- Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre.
- Seni muzik India – alat muzik Cina yg berasal dari India :- pipa dan konghou

INTERAKSI TAMADUN MELAYU – TAMADUN INDIA
- Bermula seawal abad ke-3 SM
- Bhn bertulis dari India - ada menyebut ttg “Malayadvipa” (Semenanjung Melayu)
- Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu - bagi dapatkan emas
- Suvarnabhumi (tanah emas) – gelaran diberi kpd Tanah Melayu

KESAN:
1.    PENYEBARAN AGAMA
- Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme.
- Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah.

2.    SISTEM PEMERINTAHAN
- konsep “Dewaraja” (dlm bhs Sanskrit yang bermakna God King) - konsep ketuhanan agama Hindu yg membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan dgn kedudukan serta status Raja sbg jelmaan Tuhan
- Upacara pertabalan - bg mengekalkan status tinggi Raja
- Panca Persada yg spt Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha.

3.    STRUKTUR MASYARAKAT
- Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn golongan rakyat biasa.
- Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat ‘feudal’ dalam kehidupan masyarakat Melayu

4.    ADAT RESAM DAN BUDAYA
- Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu:- amalan jampi & mentera
- Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi,
- Masyarakat ‘India Chittyan’ memperlihatkan persamaan dgn kebudayaan Melayu

5.    BAHASA
- Pengaruh bahasa Sanskit
- Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) buktikan pengaruh bhs Saskrit dlm bhs Melayu kuno yg digunakan ketika itu
- Batu Bersurat Terengganu, selain drp perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari bahasa Sanskrit
Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit(Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan Baru)
Bhakti = bakti
Bhumi = bumi
Dosa = dosa
Drohaka = derhaka
Maharddhika = merdeka
Prakara = perkara
Rupa = rupa
Samicra = mesra
Tathapi = tetapi
Vela = bila

6.    KESUSASTERAAN
- Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata
Hikayat Seri Rama dpt inspirasi drp E.Ramayana
- Epik Mahabharata diberi wajah tempatan - Hikayat Pendawa Lima, H.Pandawa, H.Panda Delima & H.Sang Boma
- Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja & menyelitkan unsur epik & mitos
- Turut diadaptasikan dlm wayang kulit

INTERAKSI TAMADUN MELAYU – TAMADUN CINA
- Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan diplomatik dgn China & para pedagang Kedah berdagang ke China
- Kedah - pusat perhentian utama bg sami Buddha dr China yg belayar melalui Selat Melaka utk ke India sekitar tahun 250 M
- Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dgn China penting agar Melaka selamat dr ancaman musuh
- Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sbg pemerintah kjn Melaka oleh Maharaja China
- Maharaja China hantar puterinya, Hang Li Po utk dikahwinkan dgn Sultan Mansur Syah.
- Kelompok yg berasal drp keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai “Baba dan Nyonya” @ “Peranakan”
- Awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British & penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina - golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sbg “Cina Selat” @Straits Chinese

KESAN:

1.    PENYEBARAN AGAMA
- Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan dtg dari Tanah Besar China ekoran hbg perdagangan
- Islam yg dtg melalui para pedagang dr Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dgn penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082).

2.    WARISAN CINA PERANAKAN
- Dikenali sebagai Baba dan Nyonya.
- Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
- Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan Hokkien
- Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan guna tangan
- Pakaian kebaya dan kain sarong
  
3.    KEBUDAYAAN
- Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu.
- Adat memberi ang pau yang bermaksud ‘sampul merah’

4.    PERUBATAN DAN TEKNOLOGI
- Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan ‘yin’ dan ‘yang’
- Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser.
- Teh Cina ataupun ‘green tea’
- Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan
- Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan, lilin

TAMADUN EROPAH-TAMADUN LAIN
Perkataan Eropah berasal daripada Europe – berhubung kait dengan lagenda.
- Europa – anak perempuan Raja Tyre dari pantai Phoenicia (hari ini dikenali sbg Lubnan) jatuh hati dengan Raja Zeus (yg menjelma sbg lembu jantan), dilarikan ke Crete
Konotasi – dgn melarikan puteri dari Phoenicia ke Crete – memindahkan pencapaian tamadun-tamadun lama Asia dari timur ke koloni di Laut Aegean (Davies, 1996)

Tamadun Eropah
·         Empat zaman yang nyata tamadun Eropah:
1)Zaman Silam/Klasik (Yunani, Graeco-Rom; 3000 s.m)
2)Zaman Kebudayaan Aegean (Greek)
3)Zaman Penguasaan Yunani ō Iskandar Zulkarnain
4)Zaman Graeco-Rom/Helenistik
-Zaman Pertengahan : Awal (476 m)
-Kejatuhan Empayar Rom & kemunculan Krjn orang Gasar Charlemagne.
- Sist. Feudalisme, perkembangan agama Kristian pesat
Zaman Pertengahan : Kemuncak & Akhir (1050 m)
Kegemilangan politik, ekonomi & sosial.
- Zaman Awal Moden (1500 m)
Gerakan Renaisans & Reformasi diikuti ō Revolusi Sains.
- Zaman Moden (1800 m hingga hari ini).
- Zaman penyerlahan – revolusi Perancis 1789.
- Revolusi Perindustrian England 1780an.

INTERAKSI CHINA DAN JEPUN
Berlaku secara aman.
Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh Tamadun Jepun.
Dari segi agama dan tulisan
- agama Buddha diperkembangkan dalam Tamadun Jepun. (Agama Shinto)
- Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun. (Hiragama Kalakana)
Perkembangan intelektual dan kesusasteraan.
- Upacara seperti upacara minum teh dan seni taman.
- Struktur pembinaan bandar.
- Ajaran falsafah Konfusianisme seperti penekanan kepada institusi keluarga.
- Konsep mandat dari Syurga telah memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu.
- Sistem pemerintahan berpusat


NILAI-NILAI UNIVERSAL ANTARA TAMADUN

1. KETERBUKAAN
-Prinsip bertolak ansur diamalkan dalam menggarap idea dari tamadun lain.
Sbg contoh tamadun Yunani berkongsi peradaban mereka dengan tamadun India,China,Iran.
-Contoh keterbukaan Islam menerima idea luar tetapi menapisnya terlebih dahulu.Kubah masjid berasal dari seni bina Graeco-Roman

2. KESEJAGATAN
-Mengimbangi tamadun dengan sifat semulajadi manusia dan mengiktiraf keistimewaan manusia.
Cth:pengaruh falsafah Yunani terhadap Islam namun perbahasan tentang falsafah dan kekuatan akal tidak dapat menandingi peranan wahyu dalam Islam.
-Keperluan manusia untuk hidup aman damai perlu diiktiraf oleh seluruh tamadun manusia.

PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN
- Perbezaan ketara adalah dalam aspek teologi.
- Persoalan etika kurang mencetuskan kontroversi antaranya:
1. Alam sekitar-hidup harmoni dengan alam.
2. Keluarga-asas pembentukan masyarakat
3. Komuniti-menentukan personaliti dan identiti manusia.
4. Kerajaan-moral/akhlak sangat penting,para sarjana spt Moh-Tze,Kautilya,Mawardi membincangkannya dlm buku masing-masing
5. Ekonomi-moral semesta
6. Pendidikan-pembinaan sifat-sifat manusia
7. Kesihatan-pandangan dan pendekatan holistik

Friday, February 17, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012 - PrasekolahVogue


17 Februari 2012 bersamaan dengan hari jumaat , telah berlangsungnya sambutan maulidur rasul peringkat IPG Kampus Pendidikan Islam :)
Sambutan daripada para pelajar agak baik

Masa persiapan untuk perarakan maulidur rasul kali agak singkat , kami hanya diberikan masa selama 2hari untuk persiapan +_+ .. suasana menjadi kelam kelibut .. beli peralatan .. beli pelaka .. beli 'selendang' .. hahaaii.. semput dooohh beraksi kejar mengejar 2hari sebelum tuu ..

selepas sahaja kami mendapat tahu pada hari Jumaat ini akan berlangsungnya perarakan ..  habis kelas jea  .. kami terus berbincang .. apakah aksi reaksi sambutan kali ini .. seperti biasa .. jika masuk bab2 merancang ini .. semua orang punya idea .. semua orang nak cakap .. emmm sangat begoss sebenarnya .. holistiknyaa .. kami ambil idea2 yang 'vogue' dan boleh dilaksanakan dlm masa 2hari sahaja.. apa yang terhasil pada hari ini ..itulah idea yang diambil hasil daripada dari perbincangan 'kecemasan' kami..

sambutan perarakan kali ini juga agak menguji kekreatifan masing2 .. pening jugak bila memikul dua tanggungjawab yang sama beratnya .. satu hal nak urus sepanduk & banner tu pelajar tadika halimatus sa`adiah .. satu hal lagi buat tuk kontinjen Cikgu-cikgu prasekolahh .. makk haiii ..  oleh itu , kesimpulannyya .. kami bahagikan cikgu2 prasekolah vogue ini kepada beberapa kumpulan .. untuk menyenangkan , mempercepatkan, mempermudahkan lagi 'dua' kerja ini ..

kos ? wuuhh x sampai ponnn rm80 .. tabikk dohh hehee .. berbaloi lahh dengan hasil nyaa .. x membaziiaaakk .. hahaa..

terima kasih atas kerjasama  'padu' yang anda berikan :) tidak lupa juga kepada pihak tadika halimatus saadiah yg sudi menaja pelbagai barangan tambahn ehehehe ^^

walaupun hanya dibekalkan masa selama 2hari sahaja .. kami sgt bersyukur .. kerana semua rancangan berjalan dengan lancar .. "Kami Telah Buat Yang Terbaik" .. dan yang penting "Kami Telah Buat Sesuatu Yang Baru Berbanding Sambutan Tahun Lalu" .. sangat bertuah rasanya mendapat claasmate yang sangat supporting .. jika tidak .. agak mustahil melaksanakan  rancangan seperti yang dirancang..

BANNER ? arghh bila bincang banner .. pasti tercari2 design yang sesuai + gempak .. dalam dua hari ?? buat sendiri ? atau hantar kedai cetak ?? seperti dijangkaa .. kami akan buat sendiri .. seperti tahun lepas jugaa.. designer utama semestinya dipikul oleh pak ashrul .. ^___^ .. **motif bukan nak jimat sgt .. motif nak uji kreativiti sendiri .. cehh hehehe .. walau x cantek mane pon .. tapi tetap puas hati .. hasil tangan sendiri .. =)

majlis penutupan sambutan diisi dengan pelbagai persembahan yang menarik .. 1st time nampak para pelajar muslimat membuat persembahan nazam untuk majlis besar seperti ini .. persembahan nasyid daripada junior iaitu kumpulan 'Ilham' juga boleh tahan hebatnya .. tahniah kerana kedua2 kumpulan ini pemenang bagi pertandingan yang dianjurkan sepanjangg minggu ini..

akhir kata ... hari ini diisytiharkan hari gembira untuk cikgu2 praekolah vogue .. oleh itu sesiapa sahaja yang  membangkangnya .. maka dia bakal menjadi s/u untuk sem depan hokeeyyhh ?? hahhahaaa ..

apa yang lebih penting untuk sambutan kali ini sewajibnya lebih kepada penghayatan kita terhadap pengertian maulidur rasul ituu sendiri... Untuk perkongsian bersama.. Perayaan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir..


FOTO KEJADIAN

sebelum









selepas









sekian untuk hari ini :)

notajejaritidakruncing ::
 Maaf , admin xda koleksi gambar tiga jejaka  tampan prasekolah vogue untuk perarakan ini .. pasti ramai yang kecewa kan ? hahaha ;D ** foto kejadian bakal diupdate lagi ..

Wednesday, February 8, 2012

日本を計画して !! ^___^


日本を計画して
今計画ではまだ
5〜学期
耐久性は非常に感じていない

を適当な
日本に散歩を追跡するファンドの収集プロセス
私たちの夢を達成することでご協力をお願い致し
okeh entry kali ini agak memfeningkan..
kalau nak tau apa maksud tulisan tuu ,
sila laaa rajinkan diri anda pergi ke google translate , hehehehehe :)


notajejaritakruncing :: 

 - punya maksud 'istimewa' -

Tuesday, January 17, 2012

PILIHAN RAYA oh PILIHAN RAYA


undilaaah mereka yang memang berkemampuan menggalas tanggungjawab 'besar' ini ..

kita dikurniakan sebaik-baik 'kurniaan' untuk menilai mana yang 'bernilai' atau sebaliknya ..

oleh itu .. sebaik-baiknya 'nilai' lah sendiri dengan 'nilai' yang tersendiri ..

bukannya hanya taksub mengejar 'kemenangan' .. tetapi 'taksub' lah kepada 'memikul' amanah yang dipertanggungjawabkan ..

sekian, wasalam .


wakil pismp 1.12 *pengkhususan Prasekolah 

NORMAN NAIM NARAWI

NUR HAZIQAH MAHIRAH RUHIZAT

"[ X ] mereka sekiranya anda rasa ingin [ X ] mereka"


notajejaritakruncing : naim sik mok ada poster :)) haaaa ,,,

KAMI 'PRASEKOLAH VOGUE' SETIA MENYOKONG ANDA

Sunday, January 15, 2012

CEPAT ! Borong FAIL !

jom borong fail sekarang reramaii untuk dapatkan harga yang agak ISTIMEWA !!!
cuba bawa bincang puan ruby .. ce pujok ce pujok .. hehee .. pasti korang dpt !
tetapkan berapa orang dalam kelas yg nak beli .. ( lagi BEGOSS kalau 1 kelas trus beli sama2 .. )
lagi-lagi begooos kalau ramai2 hehehe ~~ hargaa borong kann ..? hee

okeh untok pengetahuan .. cikgu prasekolah vogue dapat harga istimewa .. >> sbb tuh tujuan nak post entry nih .. supaya korang pon dpt harga istimewa sprti kami :)

1 fail (warna putih & ada logo maktab ) : rm 5.50 ( rm6 = harga sebenar)
divider = *4 set  (warna-warni)  : rm 9 ( rm10 = harga sebenar)

canteekk kann ? dpt harga murah .. so, boleh laah bajet2 sekarang ..
seorang punye bajet = rm35 .. (kalau lebih tu .. bleeh aa masuk TABUNG KELAS sdn bhd ^__^)

heheheeee

itu sahaja info kali ini .


                                 
::bahan bukti ::





nota jejari TAK runcing :: mehh gerak gempur tuk sediakan fail .. nnti x kelam kelibut nak susun2 atur fail .. =) bila cita sal fail , mesti teringat MQA kan ? so apa tunggu lagi ? lalalalaaa..





Saturday, January 7, 2012

Sanah Helwah --> SHAHFIKAH FARHANA SHAHROL :))



selamat hari jadi A L O N G :)

Kalau orang Melayu cakap Selamat Hari Lahir
Omputih ckp : Happy Birthday
Orang Jepun ckp : Otanjoubi Omedetou
Orang Korea ckp : Sengil Chukae Hamnida

sweet 20 ! berubah kepala dua suda nombor depan umur kan .. hehee

semoga 12 bulan mendatang penuh cemerlang...

52 minggu kebahagiaan...

365 ari keberkatan...

8760 jam penuh kasih syg...

dan 525600 saat penuh senyuman...

selamat hari lahir yg ke .... DUA PULUH (20)


hari nih sungguh meriah dengan gelak dan tawa cikgu-cikgu prasekolah vogue =)

plan buat jamuan tuk sambut birthday reramai berjalan dengan lancar ..

rugi kepada mereka yang x dapat join .. hehee ,, tapi xla rugi punn ,, dapat jugak korang makan kek kan ? hehee ^^

kek ada dua biji .. hahhh amekk kauu .. makan laa puas2 naa .. 1kek ditaja khas oleh cik AZIE :)

tanjatt boboii .. suprisee gituuu .. hehee ^^ untunglaaaah ..

jamuan nih tuk sambut cikgu-cikgu prasekolah vogue yang lom kena sambut birthday =)
insan-insan yang terpilih itu ialah :: anidah (31 DEC) , jowi (13 DEC) , Atikah (2 NOV) , yuyu (16 NOV) , atol (17 NOV) , Nuriati (20 NOV) , Niza (21 NOV) .

part yang paling menggembirakan pastinya sesi bergambar ! photoshoot mana bleh berpisah ngan orang2 vogue seperti kami . hahahahahhahahaah . angkat bakul plastikkk puuleekkkk =p

FOTO KEJADIAN











NOTAJEJARITAKRUNCING :: untunglaaahh .. heheheee






PERHATIAN :: TARIKH PBS :)


MAAF .. GAMBAR KURANG JELAS -_-


++ KLIK 2 KALI PADA GAMBAR DI ATAS UNTUK 'MENGGERGASIKAN' GAMBAR TERSEBUT

++ PBS = PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 

++ BERMULA 5 MAC SEHINGGA 9 MAC 2012

++ DIJALANKAN SELAMA SEMINGGU


NOTAJEJARITAKRUNCING :: bagi sesiapa yang bercadang hendak menaiki 'jet pejuang peribadi' untuk kembali ke tempat asal .. boleh dah tempah tiket =)